SURECOBiz Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA KALAU BUKAN KITA SENDIRI

Monday, January 23, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Kenali Spirulina


SPIRULINA -Makanan yang paling berkhasiat didunia

Faktor-faktor kekayaan makanan semulajadi daripada spirulina
  • Spirulina diperkaya dengan sumber pemakanan semulajadi vitamin B 12, 2 hingga 6 kali lebih kaya daripada hati mentah. B 12 adalah praktikal, dikenal sebagai tenaga yang tinggi.
  • Spirulina diperkaya dengan sumber pemakanan semulajadi Vitamin Besi Organik 5g kali lebih kaya daripada bayam segar dan 28 kali lebih kaya daripada hati lembu mentah.
  • Spirulina diperkaya dengan sumber pemakanan semulajadi Vitamin E, Adalah 3 kali lebih kaya daripada wheat germ dan dari konteks Biological aktiviti adalah 49% lebih tinggi daripada vitamin E yang bukan asli.
  • Spirulina diperkaya dengan sumber pemakanan semulajadi Beta Carotene (provitamin A) Adalah 25 kali lebih kaya daripada lobak segar. Tidak sama dengan penghasilan vitamin A yang bukan asli dan minyak hati ikan, Beta-Carotene tidak langsung mempunyai toksik sekalipun dalam dos yang berlebihan.
  • Spirulina diperkaya dengan sumber pemakanan semulajadi Sumber Antioxidants . Ia mengandungi spektrum yang lebih praktikal dengan semua Antioxidants semulajadi yang dikenali; termasuk Vitamin Antioxidants C, B-1, B-5, dan B-6, Zink Mineral, Manganese, dan Copper Methionine Asid Amino dan Superantioxidants Beta Carotene, Vitamin E, & Selenium.
  • Spirulina diperkaya dengan sumber pemakanan semulajadi yang lengkap dengan Biological tinggi nilai protein.
  • Spirulina mempunyai Biological tinggi nilai protein dilengkapkan dengan Asid Amino yang mengandungi dengan jangkaan yang tepat 8 jenis Asid Amino yang diperlukan dan campuran tambahan 10 jenis Asid Amino kurang penting.
Cara Spirulina Ke Arah Kehidupan dan Keperluan

Doktor Naturopaths, klinik mengurangkan berat badan dan langsing dari jutaan orang telah menemui keberkesanan cara spirulina ke arah kehidupan dan keperluan yang menakjubkan di seluruh dunia.

Kejayaan menakjubkan spirulina adalah kemampuannya membantu pemakanan berkalori rendah tanpa mengurangkan tahap tenaga dan merosakkan kandungan kesihatan Nutritional yang lazimnya gagal oleh kebanyakan program mengurangkan berat badan. Pelangsing memaklumkan bahawa spirulina amat berkesan untuk menyekat selera makan dan pada waktu yang sama sebenarnya ia mampu untuk tingkatkan tenaga.

Spirulina adalah satu dari sumber semulajadi yang kaya dengan Arginine. Penyekat nafsu makan semulajadi Phenylalanine membekal dan mengeluarkan Cholecystokinin (CCK).

Spirulina juga adalah satu sumber semulajadi yang kaya dengan Arginine. Asid Amino yang menggalak dan mengeluarkan hormon pembesaran (GH). GH merangsangkan badan untuk proses pembinaan otot dan membakar lemak (perkumuhan lemak).

Tambahan, Spirulina mampu menghidari kelaparan kerana ia membekalkan secara total Biokimia yang diperlukan oleh badan. Lazimnya kita mempunyai nafsu makan yang tinggi, tekanan stress secara psikologi dalam kelesuan terhindar dengan sendiri. Apabila selera makan terasa tenteram dan tidak selalu terasa lapar maka tidaklah timbul soal makan yang berlebihan & keinginan untuk makan itu akan menurun secara normal. Tekanan stress tidak akan mengganggu lagi. Lemak dan air yang berlebihan juga akan berkurangan. Makanan dan badan akan kembali seimbang dan stabil. Amalan yang negatif akan hilang dan dengan sendirinya membawa anda ke arah kehidupan yang lebih positif.


Kenapa kita perlukan spirulina?

Spirulina merupakan sejenis tumbuhan alga bewarna biru kehijauan yang tumbuh di permukaan tasik tasik alkali.

Kandungan protein di dalam Spirulina lebih tinggi daripada mana mana makanan semulajadi. Disamping itu ia juga kaya dengan vitamin, zat galian dan asid lemak yang diperlukan oleh badan.

Sistem badan manusia.
Sistem badan kita adalah di pengaruhi oleh perbagai faktor. Contohnya bahan bahan pencemar, bahan bahan kimia, mutu makanan yang rendah, pilihan makanan yang tidak sesuai, tekanan emosi, kekurangan rehat, tekanan emosi dan kurangnya bersenam. Faktor faktor inilah menyebabkan badan kita gagal berfungsi dengan baik. Sememangnya sebahagian faktor ini boleh dielakkan atau dikawal namun bukanlah semuanya.

Untuk menyediakan badan kita supaya dapat menentang faktor faktor ini adalah dengan cara memakan makanan tambahan lengkap dan semulajadi.

Kajian dan penyelidikkan yang telah dibuat menunjukkan bahawa dengan memakan Spirulina ia dapat merawati perbagai masaalah kesihatan seperti kepenatan kerana ia menambahkan tenaga, ia juga berjaya menguatkan daya imunisasi badan, selsema, masaalah untuk tidur malam, enemia, kurang nafsu makan, pening atau migrain, sembelit, penyakit kulit, ketidak seimbangan hormon dalam badan, tekanan darah, penyakit jantung, ulser perut, penyakit saraf, kencing manis (diabetis), penyakit hati, penyakit buah pinggang dan sebagainya.

Ringkasnya Spirulina adalah sejenis makanan tambahan semulajadi yang lengkap dan amat berguna untuk sesiapa saja tanpa mengira peringkat usia yang inginkan hidup yang lebih sihat dan cergas.

Spirulina mengandungi protein lengkap yang mengandungi seluruh 22 jenis asid amino. Ia mengandungi kadar protein yang tinggi dimana tiada makanan lain yang mampu menyainginya yang diketahui setakat ini.

Fungsi utama protein ialah menggiatkan lagi badan, merawat tisu tisu yang rosak serta membekal tenaga yang diperlukan.

Mereka yang memerlukan lebih protein ialah ibu hamil, kanak kanak yang sedang membesar, orang tua, mereka yang selalu sakit juga mereka yang aktif sukan atau apa saja. (Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit dan daya melawan penyakit yang lemah).

Kebanyakkan protein tidak dapat dihadam dengan segera. Namun Spirulina amat mudah dihadam. Maka ia mampu membekalkan tenaga dengan serta merta dan berkekalan.

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa ia akan menimbulkan sebarang kesan sampingan atau komplikasi yang negatif, kerana ia tidak beracun. Ia boleh dimakan walaupun diketika anda sedang dalam rawatan perubatan. Ia tidak mengandungi pewarna, perasa mau pun bahan pengawet tiruan.


Kandungan nutrien dan kebaikan spirulina
Protein & Acid Amino

Asid Lemak dan lain-lain Lipid yang mustahak
Vitamin & Zat Galian
Asid Gamma Linolenic (GLA)
Karbohidrat, Pigmen & Enzim
Protein & Acid Amino

  • Spirulina mengandungi kandungan protein tertinggi berbanding dengan mana-mana pemakanan asli (65%) melebihi daripada daging dan ikan (15%-25%), kacang soya (35%) dan telur (12%).
  • Spirulina adalah sumber protein yang lengkap memandangkan ia mengandungi segala asid amino yang penting
  • Ia mudah dihadamkan dan menyerap (85%-95%) kerana dinding sel mukopolisakaridanya yang lembut dan tidak mengandungi selulosa (fiber atau serat)
  • Penghadaman dan penyerapan adalah mustahak bagi manusia yang kekurangan nutrien, orang dewasa dan usus yang malserapan
Asid Lemak dan lain-lain Lipid yang mustahak
  • Spirulina secara praktiknya tidak mengandungi lemak dan tidak mengandungi kolesterol.
  • Ia bagaimanapun sumber pekatan GLA(gamma linoleic acid). Ia membantu dalam menyeimbangkan pengujudan kolesterol, keadaan kulit dan sebagainya.
Vitamin & Zat Galian
  • Spirulina mengandungi makanan terkaya dalam Beta-Carotene (pro-vitamin A) 10 kali lebih dari lobak.
  • Badan manusia boleh menukar Beta-Carotene kepada vitamin A apabila diperlukan.
  • Vitamin A adalah mustahak dalam mengekalkan lendir selaput (Mucus Membrance) dan pigmen sesuai untuk penglihatan.
  • Beta-Carotene boleh mengurangkan kolesterol dan mencegah kanser.
  • Spirulina adalah sumber utama Vitamin B12. Vitamin ini mustahak bagi menghasilkan sel darah merah, sumsum tulang dan membina sistem saraf.
  • Kebanyakkan tumbuhan serta sayuran tidak mengandungi B12. Vegetarian atau pemakan sayuran perlu mengambil Spirulina untuk menggantikan kekurangan vitamin B12.
  • Vitamin B12 juga membantu mengurangkan risiko serangan lemah jantung dan strok.
  • Spirulina juga merupakan sumber terkaya zat besi (50 kali lebih daripada bayam)
  • Penyerapan zat besi dalam Spirulina adalah 60% lebih baik daripada mana-mana iron supplement seperti `iron sulphate dan sebagainya.
  • Zat besi adalah mustahak bagi menguatkan sel darah merah dan sistem imun yang sihat.
  • Spirulina merupakan salah satu makanan kalsium yang utama, membekalkan lebih kalsium daripada susu. Kalsium adalah mustahak bagi tulang yang sihat dan menghalang penyakit `Osteoporosis.
  • Spirulina juga mengandungi magnesium, kromium, selenium, kuprum dan zat besi.
  • Kromium merupakan faktor utama menghalang serta merawat penyakit diabetes.
Asid Gamma Linolenic (GLA)

GLA, pelupur kepada prostaglandin badan yang terdapat di Spirulina, telah menunjukkan secara kimia dengan kesan bermanfaat ke atas keseluruhan sistem hormon, tekanan prahaid, penurunan kolesterol, sakit jantung, sakit kulit, masalah kesuburan payudara, kanak-kanak yang `hyperactive, arthritis dan sebagainya.

Karbohidrat, Pigmen& Enzim
  • Spirulina mengandungi 15% - 25% Karbohidrat dan gula yang mudah diserapkan oleh badan dengan penglibatan minima insulin. Ia memberikan tenaga segera.
  • Pigmen seperti Phycocyanin dan Klorofil membantu membina lebih enzim sesuai untuk mengawal metabolisma badan.
  • Spirulina mengandungi bilangan enzim. Salah satu daripadanya adalah Superoxide dismutase (SOD) . Ia adalah mustahak untuk mengeluarkan radikal bebas dan melewatkan proses penuaan.
BACAAN DAN KETERANGAN LANJUT (Sila Klik Link Dibawah)

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH