SURECOBiz Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA KALAU BUKAN KITA SENDIRI

Thursday, January 26, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Pemimpin SURECO - Nasaruddin Abd Rahim


Beliau adalah anak kelahiran Kelantan, tetapi menetap di Klang, Selangor. Selepas menamatkan persekolahan, dengan kelulusan yang kurang baik, beliau memulakan kerjaya sebagai operator kilang dengan gaji RM 310.00 sebulan. Keinginan untuk mengubah penghidupan dan memenuhi impian yang agak mustahil dapat dicapai dengan makan gaji, apatah lagi dengan kelulusan yang tidak memadai, beliau mula menceburi bidang jualan langsung secara Multi Level Marketing (MLM) dan meninggalkan pekerjaan beliau. Walaupun pernah kecewa di dalam syarikat pertama yang diceburinya, dan pernah hanya makan mee segera atau roti bercicah air sejuk, keyakinan beliau terhadap kehebatan MLM tidak pernah luntur. Menyertai SURECO semasa syarikat ini baru menceburi MLM dan hanya terdapat tiga produk sahaja. Berkat kesabaran dan kegigihan beliau, beliau telah mengumpulkan lebih dari RM 1 juta di dalam SURECO. Sehingga kini, bonus bulanan yang diterima setiap bulan telah menempatkan beliau sebagai orang No. 1 dalam SURECO. "Walaupun tiada tabung kereta atau rumah mewah, pelan pemasaran SURECO adalah no. 1 dalam dunia!!!"... Itulah yang sering diucapkan oleh beliau.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH