SURECOBiz Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA KALAU BUKAN KITA SENDIRI

Wednesday, August 09, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Koperasi SURECO Malaysia Berhad Secara Rasmi Telah Mendapat Kelulusan Pendaftar Koperasi

Seiringan dengan perkembangan yang semakin memberangsangkan, SURECO telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan kelulusan secara rasminya pendaftaran Koperasi SURECO Malaysia Berhad (SUREKOP) pada 14 Jun 2006 yang lalu oleh Pendaftar Koperasi, Jabatan Koperasi Wilayah Persekutuan. Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan pelbagai fungsi perkhidmatan seperti berikut :
  • Menyediakan dan menjadi pembekal untuk kemudahan pembungkusan seperti membekal kotak, plastik, botol dan sebagainya untuk tujuan perniagaan.
  • Mengaturkan kursus, seminar, bengkel dan memberi khidmat nasihat perniagaan. Juga mengaturkan perjumpaan-perjumpaan di antara anggota untuk membincangkan pelan tindakan strategik untuk memajukan perniagaan.
  • Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagarkan, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih.
  • Melaburkan wang yang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan dibawah seksyen 54 Akta
  • Mengadakan subsidiari di bawah seksyen 19 Akta dengan kelulusan Ketua Pendaftar
  • Menyertai usaha sama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain
Dengan nombor pendaftaran W-6-0385, kini SUREKOP secara rasmi telah membuka keanggotaannya kepada seluruh warga SURECO termasuk Ahli Lembaga Pengarah, para pengedar dan kakitangan SURECO serta subsidiari-subsidiarinya. Borang permohonan keanggotaan (KSMB 001) boleh didapati di pejabat :

Koperasi SURECO Malaysia Berhad
10-1, Jalan 4/27F
Off Jalan Genting Klang
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Selain itu borang berkenaan boleh juga didapati di kaunter jualan

Ibu Pejabat
Sure Return Corporation (M) Sdn Bhd
No. 35, 37, 39 Jalan Wangsa Setia 1
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

serta di semua Pusat Pengedaran dan Perkhidmatan SURECO (PPP) dan Stokis Negeri di seluruh negara.

Penyerahan borang permohonan menjadi anggota koperasi perlulah disertakan bersama-sama dengan fee masuk sebanyak RM50.00 [Undang-undang Kecil 12(1)] dan permohonan pembelian syer minimum sebanyak 500 syer iaitu berharga RM50.00 [Undang-undang kecil 15]. Permohonan yang lengkap berserta fee perlulah diserahkan ke pejabat Koperasi SURECO Malaysia Berhad.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, bolehlah berhubung dengan Puan Zairuz Mohd Hadza@Othman atau Encik Zulkifli Md Yusoff di talian 03-41499699

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH