SURECOBiz Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA KALAU BUKAN KITA SENDIRI

Monday, April 10, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Adakah Anda Benar-Benar Ingin Maju?

KEBANYAKAN orang sering menyatakan ingin terus maju dalam hidupnya, tetapi tanpa ada sebarang usaha positif ke arah mencapaikannya, orang-orang begini pasti tidak akan maju. Hasrat dan impian mereka kepada kemajuan tidak akan menjelma menjadi kenyataan, malahan mereka akan tetap tinggal di takuk-takuk lama selagi mereka tidak menukarkan taktik-taktik perjuangan mereka dengan sepenuh daya, kerana hasrat atau sebutan ingin maju semata-mata tidak akan memberi sebarang erti dan kesan, tidak akan mendorong roda hidup mereka maju ke depan. Pendeknya untuk terus maju dalam hidup mereka mesti terus-menerus berusaha tanpa mengenal penat lelah, letih dan jemu walaupun mengorbankan diri sendiri.

Untuk mengukurkan diri anda sama ada orang yang benar-benar ingin maju atau sebaliknya mengata-ngatakan sahaja cubalah jawab "Ya" atau "Tidak" kepada soalan-soalan di bawah:
  1. Adakah anda tahu tujuan hidup anda atau adakah anda mempunyai cita-cita yang terang dan tegas?
  2. Di dalam pekerjaan adakah anda selalu berusaha untuk menuju lebih tinggi atau untuk melakukannya lebih baik lagi pada masa akan datang?
  3. Adakah anda benar-benar sukakan pekerjaan anda, iaitu dengan mengambil berat mengetahui seluruh selok-belok pekerjaan itu bukan hanya dalam jurusan yang anda pegang itu sahaja?
  4. Adakah anda dapat mengikuti perkembangan-perkembangan dan perubahan-perubahan baru yang berlaku dalam jurusan pekerjaan anda?
  5. Adakah anda agak mudah bersikap bertolak ansur dengan orang-orang yang bekerja bersama-sama anda hingga anda dapat menyesuaikan diri dengan majikan dan rakan-rakan sejawat anda?
  6. Adakah pekerjaan yang sukar atau sulit itu menjadi cabaran kepada diri anda untuk berusaha lebih kuat?
  7. Adakah anda bersedia untuk berpindah ke bandar-bandar lain dan bekerja di dalam kalangan orang-orang asing untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik, atau kenaikan pangkat yang lebih tinggi ataupun untuk mendapat pengalaman-pengalaman yang lebih luas?
  8. Adakah anda bersedia memikul tanggungjawab?
  9. Adakah anda bergembira kalau mendapat kesempatan bertemu dengan orang-orang yang telah berjaya atau mendengar fikiran-fikiran mereka?
  10. Adakah kebanyakan dari kawan-kawan anda teridiri dari orang-orang yang patuh menjalankan tugas mereka?
  11. Adakah anda suka bercampur-gaul dan beramah mesra dengan orang?
  12. Adakah anda dapat memperlihatkan kesungguhan yang dapat menarik perhatian orang kepada pendapat-pendapat anda?
  13. Adakah orang tahu bahawa mereka boleh menaruh kepercayaan kepada anda sebagai seorang yang patuh menjaga waktu, tidak lengah dan cuai dan selalu melakukan pekerjaan-pekerjaan yang berfaedah.
  14. Adakah anda dapat menjelaskan kehendak-kehendak anda dalam percakapan dan tulisan anda dengan terang dan ringkas?
  15. Adakah anda dapat memikirkan dengan cepat apa-apa tindakan yang patut diambil dan segera melaksanakannya?
  16. Adakah anda memasuki mana-mana kelas pelajaran atau mengikuti ceramah-ceramah atau mengambil kursus-kursus belajar sendiri?
  17. Adakah anda mengatur pembacaan-pembacaan anda?
  18. Adakah anda lebih suka membaca buku-buku real daripada buku-buku khayal?
  19. Adakah anda cepat tertarik hati membeli ataupun meminjam buku-buku yang bermutu?
  20. Adakah anda lebih banyak memikirkan perkara-perkara masa depan dari perkara-perkara masa yang lalu?
Berikan 5 mata kepada tiap-tiap jawapan "Ya". Seandainya anda seorang yang ingin terus maju, anda dengan senang sahaja mendapat markah 70 mata ke atas. Markah antara 60-70 bolehlah dianggapkan sebagai memuaskan. Markah 60 ke bawah tidak memuaskan kerana markah ini membuktikan anda semata-mata berhasrat ingin maju tanpa melakukan usaha-usaha untuk mencapaikannya atau membuktikan anda tidak mempunyai daya kesanggupan dan kesungguhan yang cukup untuk menjalankannya.

Setiap jawapan "Tidak" menunjukkan titik-titik kelemahan tertentu yang terdapat pada diri anda.

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH