SURECOBiz Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA KALAU BUKAN KITA SENDIRI

Wednesday, May 02, 2007

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

ED Jejas Emosi, Keyakinan Diri, Ego Lelaki dan Komplikasi Kesihatan

Oleh Hafizah Iszahanid

ANDA tidak perlu malu jika tergolong dalam mereka yang mengalami erektil disfungsi (ED), sebaliknya anda perlu lebih tahu tahap masalah anda.

Mengenali ED bermaksud anda mengenali kesihatan diri. Lebih penting, ED bukan hanya bermaksud anda gagal dalam hubungan intim tetapi risiko berhadapan dengan komplikasi kesihatan yang lain.

Ahli Terapi Hubungan dan Seksual, Jabatan Urologi, Brighton and Sussex University Hospital Trust, United Kingdom, Victoria Lehmann, berkata ED bukan saja menggugat emosi dan keyakinan diri tetapi juga mempunyai kaitan dengan penyakit lain.

“Oleh itu apabila seseorang itu mengalami ED dia juga perlu membuat pemeriksaan simptom masalah diabetes, kardiovaskular dan tidak mengambil masa untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dalam satu persidangan Persatuan Urologi Eropah (EAU) di Berlin, Jerman baru-baru ini, satu ukuran diagnostik baru ED dicapai. Skala ukuran yang dikenali sebagai Erection Hardness Score (EHS) membolehkan lelaki mendapat lebih kawalan ke atas ED dan tahu langkah pemulihannya.

Victoria berkata, dengan mengetahui EHS, lelaki lebih tahu keadaan dirinya dan tidak berlengah untuk mendapatkan rawatan.

EHS mengariskan empat kategori ereksi.

Tahap satu: Ereksi membesar tetapi tidak tegang
(Masalah ED yang teruk)

Tahap dua: Ereksi menegang tetapi tidak cukup menembusi
(ED yang sederhana)

Tahap tiga: Ereksi cukup tegang tetapi untuk menembusi tidak sepenuhnya menegang
(ED yang ringan)

Tahap empat: Ereksi menegang dan menembusi.
(Tiada ED)

Skala EHS dicapai berdasarkan Kajian Global Hubungan Intim Pfizer (GBSS 2006) ke atas kelakuan seksual 12,558 lelaki dan wanita di 27 buah negara. Hasil kajian itu menunjukkan untuk menikmati hubungan keintiman yang baik, tahap ketegangan ereksi sama penting dengan kebolehan mendapatkan dan mengekalkan ereksi untuk seseorang lelaki.

Pakar Urologi, Dr Peter Ng, menjelaskan GBSS menunjukkan lelaki dan wanita Malaysia meletakkan kadar kepentingan pada tahap ketegangan ereksi antara 3.5 dan 3.6 (dalam skala satu ke empat).

“Wanita meletakkan kadar kepentingan 3.4 ke atas faktor ketegangan dalam menentukan kepuasan hubungan keintiman sementara lelaki meletakkan kepentingan 3.3 (dalam skala satu hingga empat).

“Ini menunjukkan lelaki menganggap ketegangan ereksi sebagai faktor yang amat penting dalam mencapai kepuasan seksual,” katanya.

Ng berkata, skala ED memberi kaum lelaki matlamat rawatan yang jelas berdasarkan suatu penilaian yang mudah ke atas ketegangan ereksi.

“Ini membantu pesakit serta pasangan mencapai tahap komunikasi terbaik sesama mereka,” katanya.

ED sebenarnya bukan masalah yang ringan, ia masalah yang menjejaskan hampir keseluruhan sistem hidup. ED menjejaskan emosi, keyakinan diri, ego lelaki dan membawa komplikasi kesihatan yang lebih teruk.

Pada peringkat global, sekitar 13 peratus hingga 28 peratus lelaki berusia antara 40 hingga 80 tahun mengalami ED. Malah, ia seakan menjadi lumrah dengan peningkatan usia.

Selain implikasi rawatan perubatan, pembedahan dan radioterapi, ED boleh terjadi kerana merokok. Lelaki yang merokok merosakkan salur darah dan ia menyekat aliran darah ke zakar. Arak pula mengurangkan kepekaan tubuh pada tindak balas sekali gus menjejaskan ereksi.

Pada 1995, 152 lelaki di seluruh dunia mengalami ED manakala dijangkakan pada 2025, angka itu bertambah menjadi 322 juta lelaki, peningkatan sebanyak 170 juta jika tiada sebarang langkah pemulihan dan pencegahan dibuat.

Malaysia menduduki tangga kedua selepas Perancis dalam kajian terhadap lelaki yang tidak ‘berpuas hati’ mengenai ketegangan ereksi mereka. Kedudukan dalam kajian itu secara tidak langsung menggambarkan masalah ED di kalangan lelaki Malaysia.

ED adalah isu dalam hubungan suami isteri. Justeru, untuk menanganinya suami dan isteri harus bekerjasama.

Oleh itu, suami isteri perlu memperuntukkan masa untuk berbual secara intim dan lebih bersifat terbuka. Menyorok kelemahan diri dan malu mengakui kenyataan, membuatkan hubungan suami isteri tidak mesra dan membibitkan rasa kecewa.

Mendapatkan rawatan ED ketika bermula di tahap tiga adalah langkah terbaik sebelum ia menjadi punca komplikasi masalah lain.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Cara Mudah Tingkat Daya Tahan Tubuh

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

MENGELAK daripada diserang pelbagai penyakit tidak semestinya bergantung kepada ubat-ubatan atau menjalani lebih kerap rawatan pemeriksaan kesihatan. Hakikatnya, terdapat pelbagai cara untuk memiliki tubuh badan kuat dan sihat.

Tubuh manusia sebenarnya memiliki perisai atau ‘imune sistem’ yang melindungi tubuh daripada benda asing yang berbahaya termasuk virus, bakteria dan kuman yang menyebabkan kemudaratan.

Bagi memiliki tubuh yang sentiasa sihat ia bukan saja menuntut aktiviti fizikal seperti senaman dan pengambilan makanan berkhasiat, malah faktor psikologi juga harus diambil kira.

Gaya hidup sihat menyumbang ke arah kesihatan maksimum. Bagi memiliki kesihatan berkualiti anda boleh mempraktikkan beberapa panduan ini supaya kebergantungan terhadap ubat-ubatan dapat dikurangkan.

Melatih otak

Kajian ahli saraf, Marin Diamond yang memiliki Ijazah Doktor Fasafah (PhD) dari Universiti California menjelaskan permainan yang memerlukan kemahiran berfikir boleh meningkatkan daya tahan tubuh badan seseorang. Ini kerana aktiviti mental yang menggunakan satu atau lebih kombinasi fungsi intelektual dapat membantu tubuh lebih berdaya tahan.

Bersosial

Seseorang itu akan memiliki kekebalan tubuh badan yang lebih baik jika kerap bersosial. Ia dibuktikan secara ilmiah oleh Barry Bittman, Pengarah Urusan Mind-Body Wellness Center di Meadvile, Amerika Syarikat.

Kaedah yang digunakan Barry adalah dengan menyebarkan virus selsema kepada beberapa individu. Kajian itu membuktikan semakin kerap seseorang bersosial, semakin nipis kebarangkalian mereka dijangkiti selsema.

Berfikiran positif

Menurut pakar dari Klinik Mayo, Amerika Syarikat, golongan yang pada masa mudanya selalu berfikiran optimis mempunyai kecenderungan untuk hidup 12 tahun lebih lama berbanding mereka yang selalu pesimis. Malah, Anna L Marsland dari Universiti Of Pittsburg Medical Center pula mendapati mereka yang selalu berfikiran negatif dan mudah tertekan mempunyai respon terhadap vaksin hepatitis yang lebih berganda berbanding golongan yang positif.

Makan secara sihat dan teratur

Walaupun anda sedang berusaha menurunkan berat badan, pastikan anda sentiasa peka dengan keperluan nutrisi pada tubuh bagi memastikan ia mencukupi. Ini kerana tubuh badan yang kurang nutrisi akan cenderung menghasilkan lebih banyak hormon yang menyumbang kepada tekanan.

Ketawa

Menurut kajian Fakulti Perubatan, Universiti California, Amerika Syarikat, membuktikan gerakan otot perut ketika ketawa boleh merangsang penghasilan antibodi dan sel-sel aktif yang berguna untuk memerangi jangkitan penyakit. Ketawa juga meningkatkan peredaran darah, melancarkan sistem pencernaan, menurunkan tekanan darah dan menghilangkan ketegangan otot.

Gerakkan tubuh

Aktiviti bersenam sekiranya dilakukan dengan betul dan teratur ia dapat memperbaiki mood, mengurangkan tekanan selain mampu meningkatkan daya tahan tubuh. Namun jika anda dibelenggu tekanan yang berat jangan memaksa diri melakukan senaman yang keterlaluan ia menyebabkan tubuh anda mudah jatuh sakit.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Tuesday, June 27, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Halal Atau Tidak?

Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?

Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.

Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.

BIMBANG!, RISAU!, RESAH...

Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!

Pemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.

Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL!

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Apa Itu Gelatin?

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin 'Type A' kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin 'Type B' pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan 'bovine' seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:
  • Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
  • Puding, kek dan pai
  • Gummi jelli, Pastil berperisa
  • Yogurt, keju dan butter
  • Ais-krim
  • Pencuci mulut segera
  • Gula-gula getah (Chewing gum)
  • Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH