SURECOBiz Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA KALAU BUKAN KITA SENDIRI

Wednesday, May 02, 2007

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

ED Jejas Emosi, Keyakinan Diri, Ego Lelaki dan Komplikasi Kesihatan

Oleh Hafizah Iszahanid

ANDA tidak perlu malu jika tergolong dalam mereka yang mengalami erektil disfungsi (ED), sebaliknya anda perlu lebih tahu tahap masalah anda.

Mengenali ED bermaksud anda mengenali kesihatan diri. Lebih penting, ED bukan hanya bermaksud anda gagal dalam hubungan intim tetapi risiko berhadapan dengan komplikasi kesihatan yang lain.

Ahli Terapi Hubungan dan Seksual, Jabatan Urologi, Brighton and Sussex University Hospital Trust, United Kingdom, Victoria Lehmann, berkata ED bukan saja menggugat emosi dan keyakinan diri tetapi juga mempunyai kaitan dengan penyakit lain.

“Oleh itu apabila seseorang itu mengalami ED dia juga perlu membuat pemeriksaan simptom masalah diabetes, kardiovaskular dan tidak mengambil masa untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dalam satu persidangan Persatuan Urologi Eropah (EAU) di Berlin, Jerman baru-baru ini, satu ukuran diagnostik baru ED dicapai. Skala ukuran yang dikenali sebagai Erection Hardness Score (EHS) membolehkan lelaki mendapat lebih kawalan ke atas ED dan tahu langkah pemulihannya.

Victoria berkata, dengan mengetahui EHS, lelaki lebih tahu keadaan dirinya dan tidak berlengah untuk mendapatkan rawatan.

EHS mengariskan empat kategori ereksi.

Tahap satu: Ereksi membesar tetapi tidak tegang
(Masalah ED yang teruk)

Tahap dua: Ereksi menegang tetapi tidak cukup menembusi
(ED yang sederhana)

Tahap tiga: Ereksi cukup tegang tetapi untuk menembusi tidak sepenuhnya menegang
(ED yang ringan)

Tahap empat: Ereksi menegang dan menembusi.
(Tiada ED)

Skala EHS dicapai berdasarkan Kajian Global Hubungan Intim Pfizer (GBSS 2006) ke atas kelakuan seksual 12,558 lelaki dan wanita di 27 buah negara. Hasil kajian itu menunjukkan untuk menikmati hubungan keintiman yang baik, tahap ketegangan ereksi sama penting dengan kebolehan mendapatkan dan mengekalkan ereksi untuk seseorang lelaki.

Pakar Urologi, Dr Peter Ng, menjelaskan GBSS menunjukkan lelaki dan wanita Malaysia meletakkan kadar kepentingan pada tahap ketegangan ereksi antara 3.5 dan 3.6 (dalam skala satu ke empat).

“Wanita meletakkan kadar kepentingan 3.4 ke atas faktor ketegangan dalam menentukan kepuasan hubungan keintiman sementara lelaki meletakkan kepentingan 3.3 (dalam skala satu hingga empat).

“Ini menunjukkan lelaki menganggap ketegangan ereksi sebagai faktor yang amat penting dalam mencapai kepuasan seksual,” katanya.

Ng berkata, skala ED memberi kaum lelaki matlamat rawatan yang jelas berdasarkan suatu penilaian yang mudah ke atas ketegangan ereksi.

“Ini membantu pesakit serta pasangan mencapai tahap komunikasi terbaik sesama mereka,” katanya.

ED sebenarnya bukan masalah yang ringan, ia masalah yang menjejaskan hampir keseluruhan sistem hidup. ED menjejaskan emosi, keyakinan diri, ego lelaki dan membawa komplikasi kesihatan yang lebih teruk.

Pada peringkat global, sekitar 13 peratus hingga 28 peratus lelaki berusia antara 40 hingga 80 tahun mengalami ED. Malah, ia seakan menjadi lumrah dengan peningkatan usia.

Selain implikasi rawatan perubatan, pembedahan dan radioterapi, ED boleh terjadi kerana merokok. Lelaki yang merokok merosakkan salur darah dan ia menyekat aliran darah ke zakar. Arak pula mengurangkan kepekaan tubuh pada tindak balas sekali gus menjejaskan ereksi.

Pada 1995, 152 lelaki di seluruh dunia mengalami ED manakala dijangkakan pada 2025, angka itu bertambah menjadi 322 juta lelaki, peningkatan sebanyak 170 juta jika tiada sebarang langkah pemulihan dan pencegahan dibuat.

Malaysia menduduki tangga kedua selepas Perancis dalam kajian terhadap lelaki yang tidak ‘berpuas hati’ mengenai ketegangan ereksi mereka. Kedudukan dalam kajian itu secara tidak langsung menggambarkan masalah ED di kalangan lelaki Malaysia.

ED adalah isu dalam hubungan suami isteri. Justeru, untuk menanganinya suami dan isteri harus bekerjasama.

Oleh itu, suami isteri perlu memperuntukkan masa untuk berbual secara intim dan lebih bersifat terbuka. Menyorok kelemahan diri dan malu mengakui kenyataan, membuatkan hubungan suami isteri tidak mesra dan membibitkan rasa kecewa.

Mendapatkan rawatan ED ketika bermula di tahap tiga adalah langkah terbaik sebelum ia menjadi punca komplikasi masalah lain.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH